Tuesday, December 23, 2008

Nak Ke Situ

Nak ke situ tempat dituju, entah bila akan bertemu, muda tua sudah tentu, hanya masa yang tahu. Sebelum sampai ke situ, liang lahad tempat penentu, jika baik wangi selalu, jika jahat rusuk bertemu. Situ bukan senang dituju, padang yang luas sedang menunggu, titian halus mesti dilalu, amalan di sini jadi pembantu.

Singgah Di Sini

Singgah di sini bukan dipinta, bukan juga tahu kenapa, merupakan nikmat tidak terhingga, namun ranjau juga merata. Jangan lupa dan jangan alpa, bukan di sini tempat akhirnya, jauh lagi perjalanan kita, suka duka tempuh sahaja...

Dari Sana

Dari Sana entah dimana, tidak tahu dimana tempatnya, jauhnya tidak terkira, hanya ada nama dalam cerita, tetap ada wajib percaya!